Barisan pelakon Setem_(filem)

Watak utama

Afdlin Shauki melakonkan watak Joe dalam filem ini.Sid (Rashidi Ishak)Bekas penghuni rumah anak yatim Rumah Harapan yang ditugaskan mencuri Setem Barring untuk membantu membiayai pembelian tanah Rumah Harapan.Joe (Afdlin Shauki)rakan Sid yang pernah sebumbung dengannya di Rumah Harapan, turut membantu dalam misi merampas Setem Barring.Piranha Lim (Chew Kin Wah)ketua kongsi gelap berloghat utara yang digeruni ramai kerana menghukum sesiapa yang menyalahinya dengan merendamkan tangan mereka dalam tangki ikan piranha, apapun menjadi rakan suhabat Sid dan Joe dan memperalatkan mereka untuk kepentingan diri bersama Setem Barring.Burn (Bront Palarae)Pengikut setia Piranha yang bengis, tangkas dan hangus separuh muka kirinya sehingga terpaksa dilitupi rambut panjangnya.Vellu (Sathiya)Pengawal keselamatan yang ditugaskan mengangkut Setem Barring, tetapi juga hendak mencurinya kerana hendak menjadi kaya.Mani (Indi Nadarajah)Kawan lama Vellu baru hendak memulakan hidup baru setelah dilepaskan dari penjara sehingga dipujuk oleh Vellu untuk membantunya mencuri setem Barring.Aryanto (Isma Yusoof)Pendatang haram dari Indonesia yang terperangkap dalam pemburuan setem setelah terbawa balik Setem Barring ke rumah tumpangan.Marcello (Harun Salim Bachik)Tuan rumah kepada Aryanto yang menjemput Sid dan Burn untuk memperdagangkan setem, tetapi cedera parah setelah urusniaga dipatahkan oleh serbuan polis.Iskandar (Que Haidar)Pemuzik jalanan cacat penglihatan yang menjadi mangsa jenayah setelah Setem Barring jatuh dalam beg alat muziknya lalu dibawa balik.Alliya (Vanidah Imran)Kakak kepada Iskandar yang menemui setem itu agar boleh membiayai rawatan pemulihan penglihatan adiknya, tetapi turut memasuki perangkap pemburu setem.

Watak pembantu

Pak Ramli (Datuk Aziz Sattar)Pemilik Rumah Harapan yang memaksa Sid dan Joe memikul tugas mencuri setem itu untuk membiayai rumah anak yatimnya.Charles Barring IV (Richard Gardner)Pewaris Gabenor Melaka Lord Arthur Barring iaitu pereka Setem Barring.Adnan Hassan (Datuk Jalaluddin Hasan)Pengacara majlis pengenalan Setem Barring di awal filem.Lao (Adam Corrie)Seorang pengikut Piranha yang membantu Sid dan Joe dalam cubaan pertama mencuri setem. Dia mati dicekik oleh Joe setelah cubaan gagal.

Pelakon jemputan

Posmen (Aziz M. Osman)Dikejar sampai dapat oleh Mani kerana membawa surat yang dilekat setem buruan.Suraya (Diana Danielle)Penjaga kedai antik di Melaka.Karen (Chelsia Ng)Pembantu peribadi Charles Barring.Meena (Kenchana Dewi)Isteri kepada Mani.Pengurus restoran (Azwan Ali)Menahan gitar Joe di restoran sementara Joe mendapatkan duit, nyaris menjual gitar itu ke orang lain tetapi berjaya membelinya untuk diserahkan kepada along.Tukang paip (David Teo)Pelayan (Henzi Andalas)Melayan Joe di awal filem.Mat rempit (Shoffi Jikan)Fence (Naeim Ghalili)Pakar setem Frank LewisDijemput oleh Piranha untuk mengesahkan ketulenan setem di klimaks filem.

Rujukan

WikiPedia: Setem_(filem) http://www.setemmovie.com http://www.star-ecentral.com/news/story.asp?file=/... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/H... http://www.cinema.com.my/charts/charts.aspx?date=0... http://www.cinema.com.my/charts/charts.aspx?date=0... http://www.murai.com.my/article/default.asp?articl... http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Set... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/clippingnews...